Thursday, June 30, 2011

Sel Stem


Salam...

Tadi sempat lagi membaca surat khabar tentang "Sel Stem" ini...
Saya baca dekat entry tentang "Sheikh Muszaphar teruja jadi bapa"
Comel je bini Angkasawan Negara ini mengandung..hehe
Pastu aku baca tentang sel stem ni..

Kebaikan "Sel Stem: ini antaranya :

* kebaikan tabung sel stem yang mampu menjadi penyelesaian kepada pelbagai masalah penyakit

*Penyakit seperti leukemia, limfoma dan banyak lagi boleh dirawat jika kita menyimpan sel stem anak sejak dilahir...

Link Lebih disini just click jer.. Utusan Malaysia Online

Lebih tentang Sel Stem:

Sel Stem adalah sel-sel tidak matang yang boleh bertukar kepada sel-sel jenis yang lain yang boleh membiak dengan sendirinya untuk membentuk sel-sel organ yang lain dalam badan kita. Sel Stem boleh digunakan untuk merawat penyakit yang berkait dengan darah seperti leukemia, lymphoma, aplastic anemia dan lain-lain.

Ia juga boleh digunakan untuk merawat sel sum-sum tulang yang rosak semasa rawatan kemoterapi atau radioterapi. Semasa rawatan, darah ini akan di suntik kedalam darah dengan harapan ia akan membentuk sel-sel baru yang sihat. Dimasa hadapan sel-sel ini mungkin akan digunakan untuk merawat penyakit seperti diabetes , Alzheimer's dan lain tapi setakat ini ia cuma sebahagian dari teori sahaja.

Bagaimana sel stem tali pusat ini dikumpulkan?

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, tali pusat bayi akan di kepit dan dipotong. Dengan mengunakan pembersih kuman, doktor akan menyuntik jarum pada tali pusat dan darah dalam talipusat akan mengalir kedalam plastik bag. Keseluruhan prosedur cuma mengambil masa beberapa minit sahaja dan ia adalah selamat kepada ibu dan bayi.

Tidak semua sel stem tali pusat berjaya diambil, Sekiranya berlaku komplikasi kelahiran, doktor akan lebih menumpukan perhatian untuk menyelesaikan masalah tersebut daripada mengambil darah tali pusat tersebut.

Berapa lama darah tali pusat ini dapat bertahan semasa disimpan?

Sebaik sahaja dikumpulkan, darah akan dibawa ke tempat peyimpanan dan akan dibekukan. Darah tali pusat apabila disimpan dengan baik dapat bertahan sehingga 10 tahun.

Adakah darah tali pusat satu-satu sumber sel stem?

Tidak. Sel stem yang sama juga boleh didapati pada sum-sum tulang. Kedua-dua sumber ini mengandungi sel hematopoietic progenitor (HTC) yang boleh disuntik pada pesakit untuk membaik-pulih bekalan sel-sel darah merah, sel darah putih dan platelet. Secara teori, sel-sel ini juga mungkin akan dapat membentuk sel asas yang lain yang boleh digunakan untuk membaik-pulih organ lain.

HTC adalah berbeza dengan sel stem embryonic yang datang dari embrio. Sel stem embryonic boleh memberi sel-sel asas penting yang lain, tetapi kerana ia melibatkan kemusnahan embrio, ia memberikan persoalan terhadap etika perubatan dan sehingga kini penyelidikan tentang pengunaan embryo sebagai sumber sel stem ini masih hangat diperdebatkan.

Apa bezanya diantara sel stem daripada tali pusat dan daripada sum-sum tulang?

Keduanya menpunyai sel HPC yang boleh digunakan untuk merawat penyakit berkait dengan darah. Darah tali pusat mempunyai kelebihan kerana sel imun didalamnya adalah tidak matang dan kurang rejeksi terhadap transfusi. Kelebihan yang lain : ia lebih selamat dan senang dikumpulkan. Menderma sum-sum tulang pula memerlukan proses yang lebih kompleks dan menyakitkan, juga terdapat risiko jangkitan kuman dan kesan sampingan dari ubat bius. Walaubagaimanapun, sel stem dari tali pusat mengambil masa yang lebih lama untuk memberi kesan terhadap rawatan berbanding sum-sum tulang.

Apakah kebaikkannya sekiranya saya ingin menyimpan dengan tabung darah tali pusat swasta?

Tabung darah tali pusat swasta mengenakan yuran untuk penyimpanan darah tali pusat anak anda dan ia memastikan anda mendapat manfaat penyimpanan tersebut bila perlu. Walaubagaimanapun, peluang untuk anak anda memerlukan darah tersebut sebagai rawatan dimasa hadapan adalah sangat rendah. Lagipun, penyakit yang boleh dirawat mengunakan darah tali pusat pula jarang berlaku seperti leukemia, lymphoma, sickle cell anemia, aplastic anemia, masalah penyakit imun rendah dan lain-lain. Sekiranya pun anak anak mengalami masalah ini dimasa hadapan, darah tali pusat tidak semestinya menjadi rawatan yang terbaik untuknya.

Persatuan Academy of Pediatrics dari America menyarankan penyimpanan darah tali pusat kepada ibubapa cuma apabila terdapat anak mereka yang mengalami penyakit seperti diatas, dan anak yang seterusnya mungkin bermanfaat dari penyimpanan darah tali pusat. Walaubagaimanapun persatuan tersebut tidak menyarankan kepada semua ibupada untuk penyimpanan kerana pada dasarnya cuma terdapat 1 dalam 1000 sehigga 1 dalam 200000 peluang yang anak anak mungkin akan mengunakan darah yang disimpan dimasa hadapan.

Apa yang saya perlu buat sekiranya saya merancang untuk menyimpan darah tali pusat saya untuk kegunaan saya dimasa hadapan?

Buat kajian sedikit tentang tabung-tabung darah tali pusat swasta yang ada di Malaysia. Pastikan anda memilih tabung darah yang mempunyai reputasi yang baik dan kadar yuran yang tidak terlalu tinggi. Baca dengan teliti hak-hak anda semasa perbincangan dan bertanya soalan kepada agen sekiranya keliru. Anda juga boleh cuba mendapat nasihat dari doktor anda samada anda perlu mendapatkan khidmat tersebut berdasarkan latar belakang keluarga anda.

(sumber dari: SEL STEM TALI PUSAT)

Wednesday, June 29, 2011

Jom Kita Belaja Memasak


Salam...

Jom semua kawan-kawan kita belaja memasak..
Korang mesti suka memasak kan...
Apa Lagi tugu..
Jomlah kita tengok apa yang ada..macam-macam ada...
Terbek...yumyumyum....

Tekan kat gambar myresepicom kat atas tu jer..

Selamat mencuba




Baik Untuk Pelajar: Mandi Songsang


Salam....

Entry arini adalah berkenaan mandi songsang..
Walaupun ada yang dah tahu tentang kelebihan mandi songsang..
Tapi ada sesetengah tak tahu tentang benda ini..
Mula-mula saya pun tak tahu apa itu mandi songsang...
Hingga lah saya masuk belajar degree kat Bandaraya Melaka..
My friend yang cakap..mula-mula tak percaya juga..
sehinggalah dia bagi link tentang kelebihan mandi songsang..
lets check kelebihan mandi songsang!!

Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya.

Apakah itu mandi songsang? Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.

Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut… Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan disettingkan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan.

Jadi, apa itu mandi songsang? Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiri dengan kepala. (kecuali mandi hadas besar dimulakan dari siraman di kepala.)

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN
1) Menjadikan pengamalnya awet muda dan fresh.
2) Mengembangkan salur darah otak-menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
3) Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
4) Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak.
5) Melancarkan perjalanan darah.
6) Menjadikan pengamal semakin pintar.
7) Meninggikan daya ingatan.
8) Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala.
9) Menjadikan state mood yang tenang dan ceria.
10) Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.
11) Memiliki daya ketahanan mental.
12) Menambahkan semangat berani.
13) Menguatkan gusi dan gigi dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan.

Tuesday, June 28, 2011

Contest itu diberi masa percubaan selama satu minggu

Salam....

Hai kawan-kawan..sempat lagi nie nak wish Good Morning...hehehe...
Ok lah kawan-kawan...nak bagi tahu..
Setelah dibincang kan bersama cx's opportunities kami dah bersetuju...
UNTUK MEMPAMERKAN CONTEST INI SELAMA 1 MINGGU..
Sekiranya TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN(tiada siapa yang menyertai)....
Contest ini akan DIBATALKAN.......
Jadi...Tarikh Seminggu dari sekarang adalah sampai 6/7/2011 (RABU)..
Harap Maklum.....

Jom cepat-cepat join my contest.....
cerclick kat sini HEADER BLOG PALING MELETOP

SAMPLE CONTEST

STEP 1:FOLLOW MY LIFE'S PAGE dan CX'S OPPORTUNITIES



STEP 2: TULIS ENTRY BARU.TITLE: BLOG MELETOP MY LIFE'S PAGE DAN CX'S OPPORTUNITIES

STEP 3: LETAK HEADER BLOG KORANG YANG MELETOP TU..



STEP 4: LETAK HEADER BLOG MY LIFE'S PAGE


STEP 5:LINK KORANG PUNYA ENTRY KAT SINI MY LIFE'S PAGE CONTEST (CLICK SINI JER)


SELAMAT MENCUBA!!

Contest: Header Blog Paling Meletop...

Salam....

Contest : Header Blog Paling Meletop nie dibuat untuk semua blogger yang berminat untuk menyertai contest nie...contest nie dikendalikan oleh saya dan seorang lagik blogger iaitu cx's opportunities....Cara-cara untuk menyertai kami punya contest adalah seperti dibawah..sila ikut step yang kami aturkan....

1) Follow blog kami(wajib..kalau tidak..tak leh join contest kitaorg).... My Life's Page dan cx's opportunities
(just tekan di link tu jer)

2) Buat Entry baru bertajuk "Blog Meletop My Life and Cx's Opportunities"


3) Lepas itu copy header blog korang dekat dalam entry korang k..macam nie..

(Adjust sikit kebesaran header blog korang tu...bio cantik..phewiiiittt...)

4) Lepas tu bawah header blog korang tu..letak lah header blog My Life's Page(copy jer gambar header blog saya nie)

5) Link entry korang tu kat My Life's Page (Dekat tempat komen entry contest nie..)

6) So..dah settle...Good luck korang..Hadiah akan kami berikan kepada blogger yang mempunyai header blog yang paling cantik....
TEMPAT PERTAMA, KEDUA, KETIGA DAN 2 SAGUHATI AKAN MENDAPAT HADIAH..CEPAT-CEPAT...

TARIKH TUTUP: 28 July 2011 (contest 1 bulan)

~Penderaan Kanak-kanak..Dimana nilai kemanusiaan..~


Salam...

10/10

Tiba-tiba terdetik hati untuk menulis benda nie kat blog lah..
PENDERAAN KANAK-KANAK!!!
Anak buah aku kena dera lak ngan anak pengasuh eh...
Budak lagi budak tu..pukul-pukul anak buah den..isyh goram lak den..
Sesukahati jer luku-luku kepala anak buah den..
So..berdasarkan pengalaman lah..aku rasa nak cerita pasal penderaan kanak-kanak nie..
Mengikut Wikepedia...
Penderaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan kanak-kanak. Biasanya ditakrifkan kepada mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun.

Penderaan kanak-kanak ini boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, antaranya ialah:-
Penderaan fizikal kanak-kanak.
Penderaan mental kanak-kanak.
Penderaan seksual kanak-kanak.

Ya Allah kejam mereka yang melakukan penderaan...
Jauh kan lah anak-anak yang sedang membesar itu dari manusia bersifatkan binatang...

Hadiah Utk Lelaki

Salam..

9/10

Kita sebagai perempuan pasti susah untuk mencari hadiah yang sesuai untuk lelaki..
Bila sampai waktu nak bagi hadiah untuk Ayah,Abang...mahupun Bf...Ataupun untuk
Hari Guru..mesti kita akan tertanya-tanya apa hadiah yang sesuai untuk seorang LELAKI..

Saya ada suggestion untuk anda semua...kalau rasa ok..apakata korang belikan untuk lelaki-lelaki yang anda sayangi k...lets check..


* Jam Tangan

Kalau nak bagik jam tangan...firstly korang kena tengok lah either jam tangan tu ok ker tak dengan gaya orang yang anda nak beri tu...

*Gadjet
Seperti yang kita tahu...lelaki suka sangat ngan gadjet-gadjet...mungkin kita boleh beli kan iphone(kalau korang kaya),psp mungkin...kalau nak murah lagik..korang beli jer game yang jual kat mydin tu..hehe


*Perfume

Mungkin lelaki yang anda ingin beri hadiah tu adalah sangat menjaga penampilan diri...suka pada wangian...apakata...anda belikan dorang minyak wangi..mungkin jenama Dunhill, hugo, giorgio armani..ataupun kalau nak lagik murah..apakata kita beli one drop perfume...one drop perfume leh bawak untuk solat..tak payah risau tentang kandungan alkohol...


*Wallet
Dompet jugak boleh dijadik kan pilihan korang untuk beri kepada orang lelaki..Yelah wallet pun cantik..kadang-kadang lelaki nie nak simple jer..dorang yer dompet..sampai koyak-koyak..so apa kata..anda belikan dompet untuk mereka...mungkin ini adiah paling istimewa untuk sidia...

*Baju...Tak pun jean
Walaupun sesetengah lelaki sangat cerewat tentang pemilihan baju and jean dorang..tapi kalau korang nak bagik hadiah kat dorang...tak kan lah dorang nak tolak kan...jadik nyer..makesure korang kena taw saiz orang yang korang nak bagik tu k...



So..selamat memilih yer kawan-kawan..harap membantu..

~Katakan Tak Nak Pada Rokok~


Salam...

8/10

Title ke lapan adalah diatas...
Dak sekolah rendah pun dah pandai merokok..
Saya tergerak hati hendak menulis benda ini sebab saya terlihat budak-budak sekolah
yang masih sekolah rendah merokok..
Nak taw tak..merokok itu MEMBAHAYAKAN KESIHATAN...

NO SMOKE!!!!!

UITM Dihati..

Salam...

7/10

UITM Kuasai Gelanggang Tenis...(Hebatlah uitm...terbek..)

PASUKAN pilihan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) lebih menyerlah dalam acara tenis pada Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti-Universiti Malaysia (Masum) 2011.

Pasukan lelaki dan wanita dari kedua-dua universiti tersebut mula menunjukkan penguasaan mereka dalam acara tenis yang mula berlangsung Ahad lalu di Kompleks Tenis Universiti Putra Malaysia (UPM).

Bagi kategori lelaki, UiTM menunjukkan aksi cemerlang apabila mudah menundukkan UniMAP 5-0 dalam Kumpulan A semalam.

Pada aksi pembukaan kelmarin, UiTM juga mudah membenam UPM dengan kemenangan 5-0.

“Saya yakin, bagi kategori lelaki, kami sudah 80 peratus untuk membolot emas,” kata pengurus pasukan tenis UiTM, Abdul Nasir Janaro ketika ditemui Kosmo! semalam.

Abdul Nasir optimis UiTM berpeluang cerah muncul juara bersandarkan kelebihan mereka menurunkan beberapa pemain yang pernah beraksi pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-14.

“Bagaimanapun, kami harus berwaspada dengan kemampuan UPM dan juga UIAM dalam usaha memburu emas,” katanya.

Sementara itu, skuad lelaki UIAM turut meraih dua kemenangan selepas membelasah UPNM 5-0 dan menang 4-1 ke atas UPSI.

Bagi kategori wanita, UiTM mudah menundukkan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 3-0 dalam Kumpulan A pada aksi kelmarin.

UIAM pula mengetepikan cabaran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kemenangan 2-1 pada saingan Kumpulan B semalam.

Kelmarin, dalam Kumpulan B, Universiti Sains Malaysia (USM) menewaskan UKM 2-1.

Pasukan tuan rumah, UPM turut tidak menghampakan penyokong mereka apabila menewaskan UniMAP 3-0 bagi saingan Kumpulan A semalam.

Dalam saingan Kumpulan C, Universiti Utara Malaysia (UUM) meraih dua kemenangan berturut-turut selepas membenam Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kemenangan 2-1.(Dipetik dari KOSMO )

Monday, June 27, 2011

Selendang...


Salam...

6/10

Post saya yang keenam nie semua berkenaan dengan selendang..sebab??
sebab my bff tiba2 suh i buat pasal selendang..
tambahan pula..saya adalah seorang pemakai selendang..
so kira ini berguna lah untuk wanita-wanita diluar sana yang suka kai selendang..



video

~Kenapa Lelaki Tak Suka Ikut Wanita Shopping?~



Salam....

Tepat pukul 12 malam..
saya mencoretkan sedikit lagik coretan di blog ini..5/10

Title kali ini bukan lah untuk semua..tapi ini untuk wanita-wanita yang
mempunyai bf, suami mahupun kawan lelaki yang cukup tidak suka mengikut wanita-wanita
bershopping.....

Sebab pertama lelaki tak suka mengikut isteri, gf dorang shopping adalah: SEBAB MEREKA
TAK SUKA TUNGGU LAMA...lumrah lah yer kawan-kawan..kalau permpuan bershopping..memang lah lama..tapi standardlah tu kan..nak cari mana yang lebih baik..ehhehe....

Sebab kedua kenapa lelaki tak suka ikut shopping...Adalah..sebab mereka takut duit mereka habis..Ini untuk yang bercinta dan dah berkerja k...yerlah..bila gf nak beli something..tak kan lah lelaki tu nak tengok jer kan gf dia bayar..jatuh lah maruah dorang...

Sebab ketiga....Lelaki tu mungkin seorang yang kuat bekerja.Lelaki yang kita dampingi tu mungkin seorang yang kuat bekerja..dia tak suka mengikut para wanita bershopping kerana sibuk sangat kerja..MEMANGlah..dorang kerja untuk BAGI KITA DUIT...gi SHOPPINg..hehehe...

so pada lelaki-lelaki diluar sana..sabarlah dengan GF mahupun WIFE korang ek...standardlah tu perempuan kalau dah shopping..tapi.lelaki pun tak kurang hebatnya..sekali dia shopping..habis..ahhaha

~Rahsia Bunga~

Salam...

4/10

Kali ini kita akan bercerita tentang rahsia bunga..
Pada LELAKI-LELAKI diluar sana...alert k...
Yerlah..nak bagik bunga pada PEREMPUAN_PEREMPUAN yang cantik macam kami ini lah..ehhe

1) Carnations
Adalah bunga yang paling dikenali di seluruh dunia. Bunga Carnation selalunya dihargai dan menyenangkan. Ia ada dalam pelbagai warna dan pada asasnya adalah simbolik kepada tarikan cinta..

2) Gerbera Daisies
Dikenali dengan saiz dan kemekarannya yang menawan. Tergolong dalam pelbagai warna – warna yang menonjol, Gerbera Daisies menjadi ‘favorite flower’ untuk menunjukkan perasaan yang ceria. Walau bagaimanapun secara tradisinya bunga ini memberi maksud kecantikan dan kejujuran.


3) Orkid
Dengan fizikalnya yang eksotik, sifat bunga orkid ‘represent rare and delicate beauty’. Keunikkan bunga orkid sebagai pemberian mengekalkan ingatan yang berkekalan kepada penerimanya. Keindahannya tidak dapat disangkal lagi walaupun dijadikan sebagai gubahan hantaran atau bagi ‘arrangement’ sesebuah majlis mahupun sebagai koleksi tanaman anda


4) Lily
Dikenali dengan keunikan bentuk fizikalnya yang besar dan mekar seperti bintang serta mempunyai kemanisan haruman tersendiri, bunga lily mempunyai keagungan ‘masterpiece’yang tersendiri. Sekiranya anda mencari bunga yang melambangkan persahabatan dan kesetiaan, bunga lily mempunyai cirri-ciri dan kualiti tersebut. Terdapat dalam pelbagai warna dan jenis, pada asasnya juga melambangkan ketulinan, penghormatan dan sumber aspirasi


5) Ros
Tiada bunga lain yang dapat menandingi kemasyurannya sebagai bunga pemberian yang paling diminati. Sebagai sumber inspirasi, bunga ros memberikan ingatan yang kuat kepada cinta dan kasih sayang.


6) Matahari
Keceriaan warna kuning yang membara serta kuntumannya yang besar, bunga matahari bukan saja mewakili tenaga suria kita malah akan mekar mengadap cahaya suria tatkala langit cerah benderang. Bukan sekadar membawa maksud ‘warmth and adoration’, malahan melambangkan ‘longevity’. Malahan pemberian bunga ini juga dapat menceriakan hari seseorang



7) Tulip
Dengan memberi maksud ‘being perfect love’, bunga tulip menceritakan rasa kecintaan dan ‘elegant’ dalam susunan atau gubahannya yang tersendiri. Bunga tulip dikenali sebagai bunga yang ‘sophisticated’ dan sangat popular apabila dikaitkan dengan Netherland



~Kenapa Awak Suka Saya Yang Berbadan Besar nie?~

Salam...

3/10...

Seperti tajuk diatas....meh kita berciter..heheh
Tak dinafikan...tak semua orang suka perempuan berbadan besar atau dengan lebih senang..
Gemuk lah!!(maaf jika ada yang terasa..tapi saya cakap berdasarkan pengalaman dan diri sendiri)
Seperti anda semua boleh lihat...saya merupakan seorang wanita berbadan gempal..
Gempal tapi saya COMEL k..ehhehe..(puji diri sendiri)..
Saya tak pernah kisah apa orang nak cakap tentang saya..
Memang lah orang cakap badan gempal nie susah nak jaga kesihatan, carik pakwe(cettt)...
dan sebagainya...Tapi..kadanga-kadang orang kurus pun kesihatan tak terjaga..
Tipulah kalau saya katakan saya tak nak kurus..ehheh
NAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK..tapi setakat ini..give me time k..hehe..

Orait2..meh kita bercite pasal title diatas...
KENAPA AWAK SUKA SAYA?SAYA GEMUK??
saya pernah melafazkan ayat ini pada seseorang insan bernama lelaki...
Nak taw jawapan dia apa??
"Saya terima awak seadanya..tak kira awak gemuk atau kurus..saya tetap sayang awak..
Walaupun awak macam ni..tapi awak baik.."
Cettt..sampai sekarang saya masih teringat ayat2 itu..
Walaupun begitu..saya masih was-was..yerlah..jika saya nie dibandingkan dengan
SITI NURHALIZA memang lah dia lagik kurus..haha..Tapi alhamdulillah...
Saya dah tahu kebenarannya..dia menerima saya seadanya...alhamdulillah...

Bila saya ajukan soalan ini kepada rakan-rakan lain, nak taw apa jawapan mereka..lets check..

1) Aku suka ko.Comel walaupun ko badan besar..
2) Aku tak pilih kawan lah..aku kawan ngan semua orang..
3) Ko baik...
4) Aku suka kawan ngan ko..sebab ko tak hipokrit..nak makan bayak pun..ko makan jer..rilek jer..

*itu adalah antara jawapan mereka..(walaupun bangga ada orang puji aku..ehhee)
yang penting..buat mereka2 diluar..jangan merasa rendah diri terhadap diri kita sendiri..
jika kita nak berfesyen..berfesyen dengan kena nye..tak salah orang berbadan gempal berfesyen...janji kena...ok...sambung lagik nanti..eheh


~anda SUKA makan COKLAT tak?~


Salam..

Seperti yang dijanjikan ...ini dia post 2 dari 10...hehe..
kali ini kita bercerita tentang coklat lak yer kawan2...

Tak kira tua..muda...budak...kira nya semua golongan lah suka makan chocolate..
SAYA??saya lah lagik suka makan coklat..coklat sangat sedap..
ADA mengatakan COKLAT MENGGEMUKKAN..
sebenarnya SALAH...coklat bayak bagi benefit kat kita..
especially DARK CHOCOLATE...
saya pernah buat pengucapan awam tentang dark chocolate....
ia sangat bagus untuk penyakit hati...tak caya?tak caya meh check kat link nie...

Jadik nye..saya nak promote my sister puya business lah..business chocolate..homemade chocolate...kebanyakan yer menggunakan DARK CHOCOLATE..sangat sedap..nie link my sis puya blog atau facebook dia..bayak sangat design coklat..
TURU MENYEDIAKAN KURSUS DAN TEMPAHAN COKLAT..
jaminan adalah 100%..sangat sedap...


(Facebook dia lagik lengkap..kat blog kurang lengkap..Dekat Facebook dia leh tengok gambar2 chocolate, kek..tempahan orang ramai...)

So..selamat mencuba....

~Kenapa Perut Buncit??~

Salam...

Arini nak pecah rekod sikit lah kawan2...
Nak buat "POST" kat blog nie sebanyak 10...
Boleh ker??hehehe..dimana ada kemahuan disitu ada jalannya kan..
so macam2 cerita leh letak...tettttt...
Orait..berbalik kepada title diatas...
KENAPA PERUT BUNCIT???kenapa?why????
semua orang takut perut buncit..tak kira perempuan(Dengan melihat perut ku) ataupun
lelaki..semua takut...yerlah..bila buncit..carik baju pun susah...SUSAH SANGAT(Cett...macam ada pengalaman jer..ker sedang melalui yer??heheh)...

waaa..tak sanggup rasanya dapat perut macam tu..(walaupun dah dapat sikit..ahhaha)
jadik nyer..meh kita bincangkan..KENAPA PERUT BUNCIT???hehe..
mungkin sebab perut buncit ialah sebab minum ais...ataupun mungkin makan tido..makan tido..ataupun mungkin sebab terlampau bayak minum airahha..bila perut buncit jer..mesti ada cakap macam nie.."waaa..bape bulan?"..
hahah..kelaka nyer...tak kan kerana perut buncit sebab ada baby..nonsense..hahaha..
Cara2 untuk mengatasi nya adalah:

1)Jika anda makan..silalah jangan makan terlalu laju k...jangan gelojoh orang kata..
(ada cite time saya diploma dulu...ada sorang member saya nie..dia makan..gila slow..
sampai kitaorg nie tugu jer lah dia..rupa2nya..tu petua supaya perut tak buncit)

2)SENAMAN...ya..senaman adalah benda yang terbaik untuk mengempiskan balik perut kita nie...yerlah..senaman sit up boleh membantu untuk membuat kan perut kita kempis yer kawan2...buatlah perlahan-lahan..mulakan dengan perlahan-lahan dulu..buat permulaan mulakan 5 atau 10 sit up..hehehe..



3)Pilih lah menu dengan berhati-hati...
Sebagai seorang yang hendak perut kempis...kita kena berhati-hati dalam memilih menu pemakanan yer kawan-kawan..Jangan lah kita salah memilih makanan..(cet....macam lah aku pilih menu ok sangat..hehehe)

4)Usaha...
Yer..tanpa usaha...semua tak jadik kenyataan yer kawan-kawan.tanpa usaha..kenyataan tak kan jadik kenyataan...USAHA lah dengan bersungguh-sungguh....


GOOD LUCK KAWAN-KAWAN...

Sunday, June 26, 2011

~DARAH..KOTOR~

Salam..

Ini post kedua untuk hari ini...
Aku post benda ini bukan apa..sebab tadik baru berbincang ngan my mum..
esok nak gi klinik..nak cuci darah...
Bukan apa..setiap ari badan tumbuh bengkak2..garu sikit dah bengkak..
my mum cakap..maybe darah kotor...jadik kena cuci darah....agak eh..
sobab bertambah tombam kot..tu yang bayak darah kotor..huhu..
my mum koba..doktor akan bagik ubat..so ubat tu kita akan makan..
Ait..tak kan macam tu jer mak..hoho..





Agak eh cuci darah macam picture di atas ini kot..kalau macam nie..adoi..
tiba-tiba soram lak...nie macam pemindahan darah jer..so..apa-apa pun..
esok kita tengok..macam ner proses tu berlangsung...
(sedap kan hati ini)

Penjagaan Kanta Lekap..



Salam...

baiklah..arini kita akan berbicara pasal "Penjagaan Kanta Lekap"...
disebabkan SAYA PEMAKAI contact lenses, so saya rasa saya patot berkongsi bersama anda semua.PENJAGAAN CONTACT LENSES PENTING!!!
mana tak penting..ini semua melibatkan mata kita yer kawan2...
Ceh..macam ada pengalaman jer..
harus lah ada pengalaman..penjagaan contact lenses tak betul telah menyebabkan
MATA SAYA MERAH..dan BERTAIK....

ok..lets check..apa yang penting k...

1) Masa mula beli tu..benda pertama kena buat..tentu2 lah rendam contact lense tu sebaik mungkin..sehari lah..dalam air contact lenses tu..(saya guna jenama "COMPLETE")



2) Orait..selepas itu..esok yer tu yer kawan2 baru leh pakai contact lenses tu..jangan pakai sejurus terus dari beli..merbahaya...

3) Selepas boleh menggunakan contact lenses tu..jika anda hendak membuka dan menyimpan contact lenses tu..pastikan anda membasuh tangan dahulu sebersih2 nya yer..
lepas itu baru anda tanggalkan contact lense dari mata...DAN pastikan anda membersihkan contact lense ditapak tangan dengan air pencuci contact lenses sebelum memasukkan yer kedalam kotak khas...

4)Bukan apa..ini amat penting untuk anda memastikan contact lense anda berada dalam keadaan bersih dan mata anda tak merah...(Setelah mempraktikkan nya..akhirnya..mata tak merah dah..)

Tu saja yang perlu anda lakukan..sebaik2 nya andai tak berkesan jugak..bawak2 lah jumpa doktor k..lagik satu..kalo lagi selesa kai cermin mata..pakai lah cermin mata lagik bagus..

Saturday, June 25, 2011

Tiba-tiba terjumpa...waaa.

Salam..tiba2 aku terjumpa gambar2 lama2 i..ahhaha..moh kita tengok lah gambar den masa diploma...haha..sem 1 till 3....


SEM 1


SEM 2



SEM 3




First Time..DATING...


Salam..
arini..macam nak cakap something jer...
andailah dia ada kat depan mata..nak jer cakap..I LOVE U b...huwaaa.
miss u like crazy..seb bek tak crazy lagik..huhu...

i still remember when first time kita kua dating(actually nie dah second.tapi kita decide first time lah...)..
time tu kita kuar naik bas jer..
and destinasi kita kat BAHAU jer lah dear...
kelaka sangat time tu...
i nek bas lu..
and then baru u nek kat kawasan umah u.....
pastu...u teman kan i pergi jalan2...
kita tak gi makan..
kita lepak kat depan kedai surat khabar...
borak2...waaa..kelaka jer taw..
and sampai sekarang i still simpan gambar first date kita taw...
kelaka sangat...ahhaha...muka masa tu..NERD k dear..ahhah...(i yang nerd..u tak..ahha)
masa tu memang kelaka sangat..time tu happy sesangat lah dapat keluar bersama..haha..
and bila i masuk belaja kat GANU...i makesure akan balik n9 sebulan tu sampai 2 kali(untuk tahun pertama k)...sambil rindu kat mak...i rindu kat u gak..kehkehkeh..

and then now i kat melaka dah...usia perkenalan dan perhubungan kita pun dah cecah 3 tahun lebih...amazing kan dear...yerlah..dari tak kenal..dari tak pernah tegur time sekolah..tiba2...ait....jatuh cinta sudah...
semoga hubungan kita bina ini..akan berakhir dengan ikatan yang sah..amin....



Wednesday, June 15, 2011

~my member...a.k.a bff..kawin...~

Salam..

pada 5 aribulan 6 aritu..member aku kawin..so aku dilantik untuk menjadik..
penggubah HANTARAN dia..tema dia..hitam+merah...arini baru ada masa nak upload gambar..
bila tengok dia kawin..hati aku lak berkata..bila lah turn aku lak kan..hehe..
mak..adik nak kawin nie..tapi..tongah belaja..ayai pun ngah kumpul wet lagik..hehe.
gatai ai anak cik mokri nie..hehe...best sangat..bila tengok dia kawin..yerlah...
sepanjang dia bersiap masa ari dia kawin.den tengok jer..sempat gak aku menggatal ngan
bf aku...memberi si dia meseg.."b....tengok ina kawin..sayang rasa nak kawin jer.jom.."
CEWAH..GATAL bonar gase eh..ehhe..tapi..mana leh..belaja bagik habis lu..tolong lu mak and ayah..dah cukup longkap semua nyer baru kawin yer...so moh kita layan2 lah picture dia kawin...
nie contoh-contoh hantaran yang aku buat..