Sunday, July 3, 2011

Stanza Cinta


Salam...

Mula-mula sekali..alhamdulillah...bersyukur sangat...bersyukur sebab akhir nya
MALAYSIA MENANG....Chinese Taipei kalah..hehe..
Suka nya saya...sebab walaupun Malaysia takde pakwe saya(SAFEE SALI) dan Tunang jejari runcing(Khairul Fahmi Che Mat) tidak dapat beraksi kerana kecederaan tak silap..Alhamdulillah..

Ok lah..mari kita kembali pada Topik di atas..Stanza Cinta..
Actually Stanza Cinta ini adalah cerita kat TV 3 pukul 9 malam...
Minggu nie episod 2..mula-mula aku malas gak nak tengok..sekali tengok kat Tonton..
Pastu ada lak Aaron Aziz(Seth Tan)..hehehhe..
Aku pun tengok lah cite nie..heheh..yeah..memang best lah...
Layan punya lah cite ni..boleh tahan gak...hehe..
Meh kita tengok-tengok sinopsis cite nie...
Sekali lagu Kisah Hati by Alyah lak dia yer OST..memang layan lah..ehhe

Stanza Cinta ialah drama baru mungkin akan menggantikan slot Zehra Keranamu Laila di tv3, setiap Ahad. Stanza Cinta adaptasi dari novel tulisan Nurull Halawati, tajuk sama jugak. Mesti dah ramai yang baca novel ni kan. Saya tak berkesempatan lagi nak baca. Dari komen peminat novel, novel ni banyak dengan nilai nilai murni, mendidik pembaca dan berdakwah secara tak langsung. Kisah ditulis dari pengalaman penulis sendiri. Kisah Stanza Cinta ni dilakonkan oleh para pelakon terkenal seperti Nur Fathia, Fizz Fairuzz dan Aaron Aziz. Drama ni jugak berkisar tentang cinta 3 segi antara Amni, Taufik dan Irfan. Amni akhirnya bertunang dengan Irfan pemuda kaya raya, sedangkan hati dan cinta pertamanya untuk Taufik, pemuda alim. Bagaimanakah Amni boleh bercinta dgn orang lain dan bertunang dgn orang lain?

Tengok gambar ni, Fizz Fairuz bawak watak ustaz lagi, gaya macam ustaz Aidil je hehe!! memang kena dengan gaya ustaz je kan..

Watak watak dalam Stanza Cinta: Amni Sorfina (Nur Fathia) seorang guru agama, gadis lemah lembut dan penyayang, gadis yang tabah, yang sedaya upaya menjadi insan solehah, tak lari dari dugaan hidup dan dilema, dapatkan Amni mengatasi semua tu.

Watak Irfan tunang Amni (lakonan Aaron Aziz) – Irfan sangat mencintai Amni dengan luhur dan ikhlas, pemuda yang baik, kacak dan kaya raya. Irfan kurang ilmu agama dan agak manja dan tidak pandai berdikari.

Watak Taufik (lakonan Fizz Fairuz: Taufik ialah cinta pertama Amni, dia agak alim dan berpengetahuan tinggi dalam ilmu agama. Taufik telah berjaya menambat hati Amni.


Thank you pada link bawah nie..kredit for this page..
Read more: http://nurizspace.com/2011/06/sinopsis-stanza-cinta.html#ixzz1R38Jmwvh

“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!” – Amni Sorfina


No comments:

Post a Comment